Pertemuan ke tiga~ ◕ ‿-



Tuhan tolong lembutkan hati dia..Untuk terima kami seadanya.. ♫ ♬♪♩♭♪  *ececeh,,menyanyi-nyanyi pulak.. 

Kali ni,kami telah putuskan tempat yang kami nak teruskan jalinan masyarakat ini.. Ini pun hasil idea salah seorang daripada kami. Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa daripada semua..。 ◕‿◕。

Pertemuan kali ini, kami menentukan siapa yang akan berhubung dengan ketua kampung dan orang-orang yang berkenaan dengan tempat yang akan kami teruskan program jalinan masyarakat.◕ ‿-

Alhamdulillah, hasil perbincangan dengan wakil tempat berkenaan melalui talian menunjukkan tanda-tanda yang positif. Kami menetapkan tarikh untuk berjumpa dengan wakil tempat berkenaan sekaligus untuk meninjau keadaan sekitar tempat program.✿✿✿

Pertemuan Kedua~ (Semester 2)




Haa~ Kami nak bagi sikit pantun ni.. Baca ye...  。 ◕‿◕。

Anak itik berenang-renang,
Berenang-renang di waktu petang,
Sudilah tuan datang bertandang,
Kami ucapkan selamat datang..

*Abaikan pantun yang mengarut tu. 

❀Pertemuan kedua ini bertarikh 11 Mac 2015 (Rabu) jam 11.30 pagi hingga 12.30 pagi. Bertempat di Jabatan Siasah Syar'iyyah.

Kali ini, pertemuan kami lebih serius berbanding yang sebelumnya. Ianya dimulai dengan sedikit ucapan dari Saudara Muhammad Afifi selaku pengarah bagi program Jalinan Masyarakat bagi Jabatan Siasah Syar'iyyah..♬♬♬

Setiap unit dijelaskan dan diberi tugas masing-masing untuk menjamin kelancaran sepanjang program.Pada awalnya, kami merancang ingin meneruskan program di sekolah-sekolah berdekatan dan program ini diberi nama "Build Islam Generation" (BIG PROJECT). Namun apakan daya, kami hanya merancang dan Allah yang menentukan.. Betul tak?

**Nak tahu apa jadi seterusnya? teruskan membaca ye.. (◕^^◕)






Pertemuan Pertama~





Assalamu'alaikum semua pembaca-pembaca blog Jalinan Masyarakat Jabatan Siasah Syar'iyyah. 
Yang pertama sekali, kami nak ucap selamat datang dan terima kasih banyak-banyak sebab sudi jenguk blog kami yang tak seberapa ni. ◕ ‿-。

Gambar atas tu merupakan pertemuan kami yang pertama bagi subjek jalinan masyarakat. Walaupun subjek ni merupakan subjek bagi semester 2, namun kami telah merancang sejak semester 1 lagi.. (nampak tak semangat di situ?)

Ke semua ahli jabatan kami sebanyak 13 orang. (7 lelaki 6 perempuan)


Berikut merupakan carta organisasi bagi jalinan masyarakat kami.


Pengarah : Muhammad Afifi bin Abdul Hamid
Timb.Pengarah : Madihah Izyana binti Mahadi

Setiausaha : Muhammad Zulfadhli bin Mohamad Zain
Timb.Setiausaha : Nur Ain Najma binti Mazlan

Bendahari : Mohd Hasrul bin Mat Yusof

KD Pengangkutan & Makanan : Muhammad Saufillah bin Sa'don
                                                   : Rusli bin Lana

KD Sumbangan : Nur Fatin Nabilah binti Shahrom
                           : Nurul Najihah binti Mior Hamdan

KD Pengisian : Elmi Quyyum bin Zaini
                       : Suhail bin Wan Azhar
                       : Mawaddah binti Mohamed
                       : Nurnajihah binti Mohd Saidi