Hari Ke-2 Jalinan Masyarakat

Klinik Rawatan Islam, Ziarah Mahabbah, BBQ

Kami meneruskan perjuangan kami untuk Jalinan Masyarakat di Sungai Tekali untuk hari yang kedua. Untuk hari yang ke dua ini, kami mengisi slot untuk Kuliah Rawatan Islam yang di sampaikan oleh saudara Afifi. Kuliah ini bertujuan menerangkan kepada masyarakat dengan lebih jelas tentang kaedah rawatan Islam dan jenis-jenis rawatan Islam. Di dalam slot ini juga saudara Afifi menerangkan tentang jenis-jenis jin, jenis-jenis saka dan cara mengatasi masalah-masalah ini.

Sejurus selepas slot Kuliah Rawatan Islam, pihak kami mengadakan Klinik Rawatan Islam yang diketuai oleh saudara Afifi. Beliau membaca ayat-ayat ruqyah dan diletakkan botol-botol air di hadapan beliau untuk masyarakat kampung membawa pulang untuk diminum sebagai air permulaan rawatan untuk mengesan andai ada tanda-tanda mempunyai masalah atau tidak. Rawatan Islam ini dimulakan dengan saudara Afifi membaca ayat-ayat Ruqyah secara umum, kemudian seandainya mereka merasakan sesuatu yang pelik seperti gelisah, panas dan sebagainya, disyorkan untuk ke rawatan yang kedua.
Seusai rawatan yang pertama, diadakan majlis perasmian OKID (Operasi Khidmat Desa) yang dihadiri dan dirasmikan oleh YB ADUN Dusun Tua Haji Razaly Hassan. Juruacara bagi perasmian OKID ialah saudara Hasrul dan yang mengetuai bacaan doa ialah saudara Elmi Quyyum. Dalam majlis perasmian juga, pihak kami diberikan sijil penghargaan dari pihak Masjid Al-Amin.

Setelah tamat majlis perasmian, saudara Afifi meneruskan merawat menggunakan kaedah rawatan Islam kepada beberapa orang yang merasai simptom yang dinyatakan di atas tadi sewaktu membaca ruqyah umum kepada semua. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan untuk slot Klinik Rawatan Islam ini tamat pada jam 12.30 tengahari.

Slot yang seterusnya, selepas waktu Zohor, kami mengadakan Ziarah Mahabbah ke beberapa buah rumah yang mempunyai ahli keluarga yang telah uzur seperti lumpuh.

Selepas Asar, kami meluangkan masa bersama keluarga angkat. Antara aktiviti yang kami lakukan bagi pihak siswi adalah belajar membuat donat. Donat yang di goreng dihidangkan untuk slot waktu malam iaitu slot BBQ.

Slot Terakhir kami adalah BBQ bersama keluarga angkat. Kami juga menjemput remaja-remaja sekitar kampung untuk menyertai kami. Berbanyak terima kasih kami ucapkan kepada keluarga angkat kami yang menyediakan ruangan untuk kami melakukan BBQ. Slto akhir untuk hari yang kedua ini berakhir jam 11 malam.



Kuliah Rawatan Islam disampaikan oleh Saudara Afifi


Kuliah Rawatan Islam

Kuliah Rawatan Islam


Sesi Rawatan Islam Secara Umum



Siswi JSS juga turut serta

Masyarakat kampung di minta untuk melunjurkan kaki semasa rawatan akan berlangsung








Orang kampung mengambil air yang telah dibacakan ayat-ayat doa


Juru acara : Saudara Hasrul


Pembaca Doa : Saudara Quyyum

Ucapan dari Tok Zul (Orang kuat program kami)



Ucapan dari YB Razaly



Perasmian OKID oleh YB Dusun Tua

Penyampaian Sijil Penghargaan dari pihak masjid

Sesi bergambar bersama YB ADUN Dusun Tua

Jamuan Ringan Bersama YB



Sesi Rawatan Islam

Ziarah Mahabbah Rumah yang pertama


Timbalan Pengarah Menyampaikan cenderahati


Saudara Afifi membacakan doa agar disembuhkan penyakit dengan izin Allah

Ziarah Mahabbah ke-2

Pengarah menyampaikan sedikit cenderahati dari pihak kami (Pelajar Tahun 1 JSS)

Sesi bertanya khabar dan memberi semangat

Timbalan Pengarah Menyampaikan cenderahati kepada tuan rumah

Ziarah Mahabbah Rumah ke-3


Donat yang telah berjaya diuli dan di siapkan

Kami adik-beradik sedang membuat acuan donut!!


Ayam yang telah diperap


Hidangan tambahan

Saudara Suhail sedang memggaul ayam sehingga sebati dengan rempahnya


Tok Zul sedang memilih juadah yang tersedia


Ayam yang berjaya di masak



Adik-adik dari masjid sedang menjamu selera di halaman rumah

Siswa-siswa dan adik beradik angkat kami bertungkus lumus membakar ayam
Sang jejaka yang penat membakar ayam sedang enak menjamu selera

Meraikan kehadiran ayah-ayah angkat kami


Hari Pertama Jalinan Masyarakat II

Beramah-mesra bersama keluarga angkat dan mendengar Kuliah Zakat dari PPZ.

Selepas bergotong-royong, sahabat kami Syeikh Afifi menjadi Imam dan Khatib untuk solat Jumaat. Dan subhanAllah, ramai  penduduk kampung yang kagum dengan pembawaan khutbahnya yang lantang dan berani. Saudara Afifi juga telah mengimamkan solat Jumaat di Masjid Al-Amin Sg Tekali.
Sejurus selepas solat Jumaat kami di bahagikan kepada 3 kumpulan untuk menginap di rumah ibu angkat masing-masing. Nurul Najiha, Nur Fatin nabilah dan Nur Ain Najma menginap di rumah Mak Long, manakala Madihah Izyana, Najihah Saidi dan Mawaddah menginap di rumah kak long. Untuk siswa pula, semuanya menginap di rumah Tok Zul yang merupakan mantan ketua kampung Sg. Tekali.
Aktiviti kami di petang hari adalah berkenalan dan beramah mesra dengan ibu dan ayah angkat masing-masing. Saling bertanya perihal keluarga dan asal-usul. Kami berasa sangat seronok kerana mereka menerima kami dengan penuh terbuka. Wujud jalinan masyarakat yang menjadi objektif utama program kami dan bertepatan dengan slogan kami “Mahasiswa Bersama Masyarakat”.
Seterusnya, di malam hari pula, selepas Maghrib kami bersama-sama penduduk kampung mendengar Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Salehuddin wakil dari Pusat Zakat Selangor. Di dalam pengisian beliau, antara isi yang boleh diambil adalah tentang syarat-syarat penerima zakat. Penerima zakat tidak tertumpu kepada fakir miskin sahaja tapi juga boleh melibatkan orang yang berhutang dan fi sabilillah. Contoh fi sabilillah adalah mahasiswa seperti kami. Kami boleh memohon zakat bagi bantuan pelajaran dengan syarat gaji untuk seisi rumah untuk sebulan tidak melebihi RM6000 bagi yang dalam Negara, dan untuk yang luar Negara tidak melebihi RM20 000 sebulan. Pengisian yang amat bermanfaat bagi kami. Dan paling terkesan, Ustaz Salehudin mengatakan, mereka memang percaya dengan segala butir-butir maklumat di dalam borang zakat kerana di dalam borang tersebut sudah ada dinyatakan dengan pengakuansumpah kepada Allah apa yang ditulis adalah benar belaka. Maka, sebagai seorang Muslim, jika melakukan penyelewengan maklumat, itu bermakna anda akan menjawab dengan Allah sendiri di akhirat nanti.
Selepas kuliah, siswa dan siswi berkumpul di rumah Tok Zul untuk menikmati makan malam yang sedap. Makanan ala-ala kampong. Sedap2.. Alhamdulillah, tamatlah aktiviti kami untuk hari pertama.
Saudara Afifi sedang menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Amin



Ustaz Salehudin wakil dari PPZ Selangor






Imam Masjid dan Ketua Kampung




Makan Malam di rumah Mantan Ketua Kampung (Tok Zul)


Menu Ala-ala makanan kampung