Qiyamullail, SMART Solat dan Eksplorasi
Alhamdulillah, OKID telah tiba ke hari yang terakhir dengan dimulakan
dengan Qiamullail di masjid al-Amin bermula jam 4.30 pagi. Qiamullail diketuai
oleh saudara Afifi dan saudara Saufillah.
Seterusnya, aktiviti kami pada hari ketiga bermula jam 2 petang iaitu
SMART Solat. Objektif SMART Solat ini adalah untuk memberi kefahaman dan
penerangan berkaitan asas-asas fardhu ain dalam solat seperti cara ambil wudhu’,
cara solat yang betul mengikut Rasulullah dan memperbetul bacaan-bacaan dalam
solat seperti doa qunut, tahiyat akhir dan al-Fatihah. Target peserta dalam
lingkungan 7 tahun hingga 13 tahun. Mereka di bahagikan kepada 6 kumpulan dan
setiap kumpulan di ketuai oleh satu hingga dua fasilitator yang terdiri
daripada pelajar Tahun 1 Jabatan Siasah Syariyyah.
Selepas solat Asar, aktiviti yang dirancang adalah eksplorasi.
Eksplorasi ini mempunyai tujuh checkpoint dan setiap checkpoint ada
kerelevenannya tersendiri. Sebagai contoh checkpoint yang di jaga oleh saudara
Suhail dan Afifi berkisarkan tentang bagaimana dengan tanpa suara, seseorang
boleh mengerti apa yang ingin di sampaikan. Bilamana peserta tersebut di beri
perkataan harimau, dia mesti buat aksi harimau tanpa menggunakan suara sehingga
peserta yang sekumpulan dengannya dapat menjawab dengan betul. Di sini semangat
kerjasama amat diperlukan antara para peserta.
Setelah semua kumpulan berjaya ke
checkpoint yang terakhir, maka nya berakhirlah program OKID kami untuk tiga
hari ini. Seusai itu, kami meneruskan dengan majlis penutupan oleh Tok Zul
mantan ketua kampung Sungai Tekali. Cenderahti untuk pemenang eksplorasi juga
diberikan kepada yang bertuah.
 |
Qiamullail Bahagian Wanita
|
 |
Qiamullail Bahagian Lelaki
|
 |
| Madihah sebagai kaunter pendaftaran |
 |
| Pembahagian Kumpulan SMART Solat |
 |
| Tahsin Wudhu' |
 |
| Pembahagian Kumpulan Eksplorasi |
 |
Hasrul dan Peserta SMART SOLAT
|
 |
Checkpoint Eksplorasi (Keseragaman)
|
 |
| Checkpoint Last (susun puzzle) |
 |
| Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutupan OKID |