Hari Ke- 3 Jalinan Masyarakat (OKID)

Qiyamullail, SMART Solat dan Eksplorasi

Alhamdulillah, OKID telah tiba ke hari yang terakhir dengan dimulakan dengan Qiamullail di masjid al-Amin bermula jam 4.30 pagi. Qiamullail diketuai oleh saudara Afifi dan saudara Saufillah.
Seterusnya, aktiviti kami pada hari ketiga bermula jam 2 petang iaitu SMART Solat. Objektif SMART Solat ini adalah untuk memberi kefahaman dan penerangan berkaitan asas-asas fardhu ain dalam solat seperti cara ambil wudhu’, cara solat yang betul mengikut Rasulullah dan memperbetul bacaan-bacaan dalam solat seperti doa qunut, tahiyat akhir dan al-Fatihah. Target peserta dalam lingkungan 7 tahun hingga 13 tahun. Mereka di bahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan di ketuai oleh satu hingga dua fasilitator yang terdiri daripada pelajar Tahun 1 Jabatan Siasah Syariyyah.
              Selepas solat Asar, aktiviti yang dirancang adalah eksplorasi. Eksplorasi ini mempunyai tujuh checkpoint dan setiap checkpoint ada kerelevenannya tersendiri. Sebagai contoh checkpoint yang di jaga oleh saudara Suhail dan Afifi berkisarkan tentang bagaimana dengan tanpa suara, seseorang boleh mengerti apa yang ingin di sampaikan. Bilamana peserta tersebut di beri perkataan harimau, dia mesti buat aksi harimau tanpa menggunakan suara sehingga peserta yang sekumpulan dengannya dapat menjawab dengan betul. Di sini semangat kerjasama amat diperlukan antara para peserta.
             Setelah semua kumpulan berjaya ke checkpoint yang terakhir, maka nya berakhirlah program OKID kami untuk tiga hari ini. Seusai itu, kami meneruskan dengan majlis penutupan oleh Tok Zul mantan ketua kampung Sungai Tekali. Cenderahti untuk pemenang eksplorasi juga diberikan kepada yang bertuah.
Qiamullail Bahagian Wanita

Qiamullail Bahagian Lelaki




Madihah sebagai kaunter pendaftaran
Pembahagian Kumpulan SMART Solat
Tahsin Wudhu'
Pembahagian Kumpulan Eksplorasi
Hasrul dan Peserta SMART SOLAT





Checkpoint Eksplorasi (Keseragaman)

Checkpoint Last (susun puzzle)

Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutupan OKID

No comments:

Post a Comment