Hari Ke-2 Jalinan Masyarakat

Klinik Rawatan Islam, Ziarah Mahabbah, BBQ

Kami meneruskan perjuangan kami untuk Jalinan Masyarakat di Sungai Tekali untuk hari yang kedua. Untuk hari yang ke dua ini, kami mengisi slot untuk Kuliah Rawatan Islam yang di sampaikan oleh saudara Afifi. Kuliah ini bertujuan menerangkan kepada masyarakat dengan lebih jelas tentang kaedah rawatan Islam dan jenis-jenis rawatan Islam. Di dalam slot ini juga saudara Afifi menerangkan tentang jenis-jenis jin, jenis-jenis saka dan cara mengatasi masalah-masalah ini.

Sejurus selepas slot Kuliah Rawatan Islam, pihak kami mengadakan Klinik Rawatan Islam yang diketuai oleh saudara Afifi. Beliau membaca ayat-ayat ruqyah dan diletakkan botol-botol air di hadapan beliau untuk masyarakat kampung membawa pulang untuk diminum sebagai air permulaan rawatan untuk mengesan andai ada tanda-tanda mempunyai masalah atau tidak. Rawatan Islam ini dimulakan dengan saudara Afifi membaca ayat-ayat Ruqyah secara umum, kemudian seandainya mereka merasakan sesuatu yang pelik seperti gelisah, panas dan sebagainya, disyorkan untuk ke rawatan yang kedua.
Seusai rawatan yang pertama, diadakan majlis perasmian OKID (Operasi Khidmat Desa) yang dihadiri dan dirasmikan oleh YB ADUN Dusun Tua Haji Razaly Hassan. Juruacara bagi perasmian OKID ialah saudara Hasrul dan yang mengetuai bacaan doa ialah saudara Elmi Quyyum. Dalam majlis perasmian juga, pihak kami diberikan sijil penghargaan dari pihak Masjid Al-Amin.

Setelah tamat majlis perasmian, saudara Afifi meneruskan merawat menggunakan kaedah rawatan Islam kepada beberapa orang yang merasai simptom yang dinyatakan di atas tadi sewaktu membaca ruqyah umum kepada semua. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan untuk slot Klinik Rawatan Islam ini tamat pada jam 12.30 tengahari.

Slot yang seterusnya, selepas waktu Zohor, kami mengadakan Ziarah Mahabbah ke beberapa buah rumah yang mempunyai ahli keluarga yang telah uzur seperti lumpuh.

Selepas Asar, kami meluangkan masa bersama keluarga angkat. Antara aktiviti yang kami lakukan bagi pihak siswi adalah belajar membuat donat. Donat yang di goreng dihidangkan untuk slot waktu malam iaitu slot BBQ.

Slot Terakhir kami adalah BBQ bersama keluarga angkat. Kami juga menjemput remaja-remaja sekitar kampung untuk menyertai kami. Berbanyak terima kasih kami ucapkan kepada keluarga angkat kami yang menyediakan ruangan untuk kami melakukan BBQ. Slto akhir untuk hari yang kedua ini berakhir jam 11 malam.



Kuliah Rawatan Islam disampaikan oleh Saudara Afifi


Kuliah Rawatan Islam

Kuliah Rawatan Islam


Sesi Rawatan Islam Secara Umum



Siswi JSS juga turut serta

Masyarakat kampung di minta untuk melunjurkan kaki semasa rawatan akan berlangsung








Orang kampung mengambil air yang telah dibacakan ayat-ayat doa


Juru acara : Saudara Hasrul


Pembaca Doa : Saudara Quyyum

Ucapan dari Tok Zul (Orang kuat program kami)



Ucapan dari YB Razaly



Perasmian OKID oleh YB Dusun Tua

Penyampaian Sijil Penghargaan dari pihak masjid

Sesi bergambar bersama YB ADUN Dusun Tua

Jamuan Ringan Bersama YB



Sesi Rawatan Islam

Ziarah Mahabbah Rumah yang pertama


Timbalan Pengarah Menyampaikan cenderahati


Saudara Afifi membacakan doa agar disembuhkan penyakit dengan izin Allah

Ziarah Mahabbah ke-2

Pengarah menyampaikan sedikit cenderahati dari pihak kami (Pelajar Tahun 1 JSS)

Sesi bertanya khabar dan memberi semangat

Timbalan Pengarah Menyampaikan cenderahati kepada tuan rumah

Ziarah Mahabbah Rumah ke-3


Donat yang telah berjaya diuli dan di siapkan

Kami adik-beradik sedang membuat acuan donut!!


Ayam yang telah diperap


Hidangan tambahan

Saudara Suhail sedang memggaul ayam sehingga sebati dengan rempahnya


Tok Zul sedang memilih juadah yang tersedia


Ayam yang berjaya di masak



Adik-adik dari masjid sedang menjamu selera di halaman rumah

Siswa-siswa dan adik beradik angkat kami bertungkus lumus membakar ayam
Sang jejaka yang penat membakar ayam sedang enak menjamu selera

Meraikan kehadiran ayah-ayah angkat kami


No comments:

Post a Comment