Bertolak ke Sungai Tekali

Khamis, 23 April 2015.
Semua siswi Tahun 1 Jabatan Siyasah Syariyyah mula bertolak ke Sungai Tekali Jam 5.30 petang dari Universiti Malaya. Kami berenam menaiki Innova yang dipandu oleh ayah sahabat kami Encik Mior Hamdan. Kami bertolak lebih awal berbanding siswa di sebabkan faktor tiada pengangkutan serta membawa peralatan program yang banyak, untuk siswa mereka bertolak pagi keesokan harinya dengan menunggang motor masing-masing.
Alhamdulillah, kami selamat tiba di rumah sahabat kami saudari Nurul Najihah. Untuk malam pertama, kami menginap di rumah saudari Najihah sebelum kami di bahagikan  kepada rumah angkat di keesokan harinya.
Sejurus tiba di Sungai Tekali, kami membuat keputusan untuk mengisi perut kosong di salah sebuah restoran berhampiran di kawasan Sungai Tekali. Dalam perjalanan untuk mengisi perut, hujan turun amat lebat dan suasana sangat sejuk dan nyaman. Oleh sebab kami sangat sehati sejiwa, kami berenam memilih untuk memesan lauk yang sama iaitu nasi putih, tomyam dan telur dadar. Masing-masing makan dengan berselera sekali disebabkan seharian tidak mengisi perut kerana banyak memikirkan pengurusan Jalinan Masyarakat supaya berjalan dengan lancar. Seusai makan, kamipun pulang ke rumah sahabat kami Najihah.
Di rumah Najihah, kami membalut hamper dan cenderahati untuk program-program kami. SubhanAllah, rupanya ramai sekali siswi-siswi Siyasah yang berbakat dalam membalut hadiah. Setelah tamat membalut hadiah , maka tamatlah aktiviti persediaan kami sebelum program. 

Menunggu di ATM Kolej 12

Sambil menunggu kedatangan ayah Najihah untuk membawa kami ke Sg. Tekali


Menikmati makanan di restoran
Membalut Hadiah

Membalut Hamper

Menggunakan kreativiti membalut hamper dengan kemas

Menyiapkan "clue" untuk explorace


No comments:

Post a Comment