Beramah-mesra bersama keluarga angkat dan mendengar Kuliah Zakat dari PPZ.
Selepas
bergotong-royong, sahabat kami Syeikh Afifi menjadi Imam dan Khatib untuk solat
Jumaat. Dan subhanAllah, ramai penduduk kampung
yang kagum dengan pembawaan khutbahnya yang lantang dan berani. Saudara Afifi
juga telah mengimamkan solat Jumaat di Masjid Al-Amin Sg Tekali.
Sejurus selepas
solat Jumaat kami di bahagikan kepada 3 kumpulan untuk menginap di rumah ibu
angkat masing-masing. Nurul Najiha, Nur Fatin nabilah dan Nur Ain Najma
menginap di rumah Mak Long, manakala Madihah Izyana, Najihah Saidi dan Mawaddah
menginap di rumah kak long. Untuk siswa pula, semuanya menginap di rumah Tok
Zul yang merupakan mantan ketua kampung Sg. Tekali.
Aktiviti kami di
petang hari adalah berkenalan dan beramah mesra dengan ibu dan ayah angkat
masing-masing. Saling bertanya perihal keluarga dan asal-usul. Kami berasa
sangat seronok kerana mereka menerima kami dengan penuh terbuka. Wujud jalinan
masyarakat yang menjadi objektif utama program kami dan bertepatan dengan
slogan kami “Mahasiswa Bersama Masyarakat”.
Seterusnya, di
malam hari pula, selepas Maghrib kami bersama-sama penduduk kampung mendengar
Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Salehuddin wakil dari Pusat Zakat
Selangor. Di dalam pengisian beliau, antara isi yang boleh diambil adalah
tentang syarat-syarat penerima zakat. Penerima zakat tidak tertumpu kepada
fakir miskin sahaja tapi juga boleh melibatkan orang yang berhutang dan fi
sabilillah. Contoh fi sabilillah adalah mahasiswa seperti kami. Kami boleh
memohon zakat bagi bantuan pelajaran dengan syarat gaji untuk seisi rumah untuk
sebulan tidak melebihi RM6000 bagi yang dalam Negara, dan untuk yang luar Negara
tidak melebihi RM20 000 sebulan. Pengisian yang amat bermanfaat bagi kami. Dan
paling terkesan, Ustaz Salehudin mengatakan, mereka memang percaya dengan
segala butir-butir maklumat di dalam borang zakat kerana di dalam borang tersebut
sudah ada dinyatakan dengan pengakuansumpah kepada Allah apa yang ditulis adalah benar
belaka. Maka, sebagai seorang Muslim, jika melakukan penyelewengan maklumat,
itu bermakna anda akan menjawab dengan Allah sendiri di akhirat nanti.
Selepas kuliah,
siswa dan siswi berkumpul di rumah Tok Zul untuk menikmati makan malam yang
sedap. Makanan ala-ala kampong. Sedap2.. Alhamdulillah, tamatlah aktiviti kami
untuk hari pertama.
 |
| Saudara Afifi sedang menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Amin |
 |
| Ustaz Salehudin wakil dari PPZ Selangor |
 |
| Imam Masjid dan Ketua Kampung |
 |
| Makan Malam di rumah Mantan Ketua Kampung (Tok Zul) |
 |
| Menu Ala-ala makanan kampung |
No comments:
Post a Comment