Survey Tempat Program, Masjid Al-Amin, Sg. Tekali.

30 Mac 2015
Seramai empat orang ahli Jabatan Siyasah Syariyyah Tahun 1 pergi ke tempat untuk melakukan Jalinan Masyarakat iaitu Masjid Al-Amin, Sungai Tekali. Kami berempat terdiri daripada Nurul Najihah, Nurnajihah Mohd Saidi, Nur Ain Najma dan Nur Fatin Nabilah telah pergi ke tempat program sejurus selepas tamat waktu kelas jam 12.30 tengahari. Perjalanan kami mengambil masa 45 minit dan setelah tiba di masjid tersebut telah masuknya waktu Zohor.
            Selesai mendirikan solat Zohor kami berbincang dengan Imam Masjid Al-Amin, Ustaz Abdul Rasyid bagi menyampaikan tujuan kedatangan kami. Kami menjelaskan tentang hasrat kami untuk mengadakan Program Jalinan Masyarakat untuk masyarakat kampung Sg. Tekali. Alhamdulillah, hasil perbincangan yang tidak sampai 30 minit, cadangan kami akan dibawa dalam perbincangan mesyuarat AJK Masjid Al-Amin. Keputusan tarikh untuk Jalinan Masyarakat kami akan dibincangkan dan dimaklumkan kemudian oleh pihak masjid.
                Kami bertolak pulang ke Universiti Malaya pada jam 3.45 petang.

Kawasan lapang di hadapan Masjid Al-Amin

Kawasan Lapang di bahagian belakang Masjid Al-Amin

Ruangan Solat Wanita

Perbincangan ahli Jabatan Siyasah Syariyyah bersama Imam Masjid

No comments:

Post a Comment